Friday, 7 December 2012

Dewan Johor Bahru


Dewan vs Khemah

Aku kanopi ni memang agak tak berkenan lar kan. bila hujan lecak sana sini. tempiasnya lain cerita dah kan. panas terik pulak. memang guest aku dengan aku sekali berpeluh ketiak. dengan baju pengantin yang tak selesa tu lepas tu dengan make up tebal. kena maintain senyum jek. padahal dah menangis ketiak aku nanti. mula2 nak pakai Marquee Tent letak dekat Puteri Harbour. ok lar kan tertutup dan ada aircond depan laut gitu. tapi teramat lar mahal tent tu cam tak worth it. untuk tent tu jek boleh sampai RM15k better buat dekat hotel or convention centre jek.

Marquee Tent
So aku cari lar dewan area JB ni kan. tapi dewan dekat JB ni teramat lar comel2 belaka. kebanyakan boleh muat 200 - 300 orang sahaja. belum aku nak muat kan live band aku lagi. memang cam sardin lar kan. JB ni kekurangan tempat yang best untuk dibuat majlis wedding. sedih tol. (=..=)


Dewan Jubli Intan

Semua orang mesti tahu dewan ni. tapi nak booked dewan ni kena SETAHUN awal dan bila tetiba orang2 besar nak guna dewan tu even kita da booked dia akan tendang ke mana2 dewan yang kosong lagi dekat area JB. damn suck. pffft! dewan ni agak besar, aircond dan klasik. ada orang panggil usang sebab dewan ni dah lama. dalam dia style kayu kayan. 



Dewan Johor Jaya

Dewan ni besar sangat. lagi besar dari dewan Jubli Intan tu. memang aku suka sebab dia besar dan ada aircond tapi tapi tapi. tersangat lar jauh untuk aku yang stay kat bandar ni. if orang area Pasir Gudang ok lar kan. so kena reject lar kan.

Johor Golf Country Club (JGCC)

Dulu orang panggil Royal Johor Country Club (RJCC) tapi sekarang dah tukar pulak. dewan dia tak ada lar besar sangat. tapi ok lar sebab dia ade 2 tempat. dalam dan luar. yang luar ni sebelah dengan swimming pool. tapi aku reject jugak sebab aku tak nak swimming pool tu. nak yang terus besar jek. 

Dewan Taman Universiti

Dewan ni besar. Dewan baru renovated tapi yang tak ok nya ada line court pulak. warna hijau terang benderang dekat situ. buat putus mood aku jek kan. tapi if dah tak da choice terpaksa lar pakai dewan ni jek



Dewan Maktab Sultan Abu Bakar ( English College)

Ni dewan sekolah. orang mesti cakap. apa kelas buat dekat dewan sekolah. pleassseeee lar. tapi aku rasa ni dewan terbaik aku pernah jumpa dekat JB. sebab nya dia memang terlebih2 besar dan cantik. dewan ni baru siap dalam bulan september 2012. aircond dy memang besar lar. so tak risau panas. confirm sejuk beku. ada screen projector. so anyone cam aku ni nak buat video or slideshow picture. memang boleh guna ++ sound system  termasuk dalam sewa dewan. lepas tu toilet memang banyak. tak payah berebut. dekat belakang dewan tu ada bilik persalinan siap bilik shower. siap ada bilik doorgift dekat entrance. price dia RM2000. kira ok lar kan. dekat tengah bandar. tempat parking kereta memang banyak lar kan.




aku datang tengok dewan ni terus jek on. tapi dia tak boleh confirm kan date yang aku nak buat tu boleh tak guna dewan ni. dekat sebulan lebih aku tunggu untuk confirm jek. grrrrr!! da lar majlis aku 3 bulan jek lagi. nak tunggu dia confirmkan date jek memang sakit jiwa lar kan. tapi aku gigih. tunggu jugak sebab dewan ni jek lar paling ok.
Finally dapat jugak lar aku dewan ni. lepas berpuluh kali aku call orang PIBG dewan tu. maybe dia da rimas kot. xoxo :)

im getting MARRIED!!!

First of all, ni 1st time aku buat blog. so anything yang cam annoying ke. Sorry k. aku tak ada masa nak mencapap kat sini untuk jadi glamour. but ni jek lar tempat aku cam buat note, lepas geram, give opinion & tips kan. so suka ke tak who cares. aku still bole lagi post blog aku. Pffft!!

Start jek blog dah cerita pasal kahwin. ok aku dah nak kahwin lagi sebulan jek. tapi preparation dlm progress lagi. patotnya orang lain time ni dah goyang kaki gubah hantaran. aku pulak terkial2. baju pon tak tempah lagi. salahkan siapa? confirm aku salah kan future husband aku. coz time2 ni lar dia busy dengan roadshow, event, outstation and bla bla bla. dia kawen dengan kerja dia. aku lak carik orang baru. wooot woot. so kne lar wat signboard  
" siapa nak kahwin dengan saya ?? "
lelaki bab2 kahwin ni kalau tak kerah diorang. memang tak bergerak. tunggu cakap baru nak buat. cam rasa kahwin sorang2 pulak dah. "but what to do, makan nasi dengan budu lar". lelaki memang macam tu.

Dia tak ada propose2 aku ni. dia beritahu parent aku jek. terus on semua dan start lar life hidup aku dengan fikir pasal kahwin jek. kami start buat preparation 2 bulan lepas. so its mean 3 bulan jek preparation kahwin. aku bukan rasa excited. tapi tahap stress melampau. takot macam2 jadi kan. aku selalu compare dengan previous wedding kawan2 aku. ada yang spent more than RM100k. tapi aku tengok biasa jek. tak ada lar meriah sangat.

Don't don't don't time majlis kahwin ni. Tarikh tu tak payah pilih tarikh nak sedap sangat. pastu berlambak orang buat majlis masa tu. last2 siapa yang datang? kosong jek. cam wat majlis kebumian kan. sunyi sepi.
Cuti sekolah time ni lar berebut orang buat majlis. bila dapat booked bridal & catering time ni. dah seronok dah dapat time ni kan. tetiba lagi sebulan majlis. jiran sebelah buat minggu depan. jiran depan buat besoknya pulak. yang bertindih2 tarikh dengan tarikh kita tu memang tak boleh elak dah. orang yang nak datang ni dah serabut. buat list mana yang nak pergi dulu. dah malas sangat semua tak pergi.

so aku decide buat majlis weekend tapi bukan cuti sekolah. tarikh memang tak lawa lar kan. apa nak kesa kan. bukan tarikh tu means everything yang boleh janji kan majlis kau meletops.

banyak list kena buat untuk preparation kahwin ni sampai kepala aku naik pening fikirkan nya. even duit aku tak keluarkan. tapi bab kira2, mencari, memilih & idea. Fuhhh!!pening... dari tak power math pon jadi power. hahaha!